“High Beam Tu” – Netizen Dakwa Lawak Jep Sepahtu Ada Unsur Soft P*rn


lawak

Pelawak terkenal, Jep Sepahtu mengundang teguran netizen apabila didakwa menyelitkan unsur lucah dalam lawak yang disampaikan di pentas Sepahtu Reunion Live malam tadi.

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman pendek di TikTok, kelihatan satu babak di mana Jep bersama artis undangan Elly Mazlein yang melakonkan watak sebagai Zack.

Jep memujuk Zack yang berpakaian seperti lelaki supaya berubah. Dia kemudian mengambil sepasang blouse dan meyakinkan Zack bahawa Zack nampak cantik dalam pakaian itu.

Namun, Zack dengan selamba membuka bahagian jaket luar dan Jep yang terkejut memintanya supaya memakai semula jaket itu.

Zack pakai balik. High beam tu.

Selepas melontarkan dialog itu, Jep tak dapat menahan ketawa dan penonton turut bersorak. Jep berkata lagi, tadi penglihatannya silau kerana high beam di depannya.

jep
jep
lawak lucah
jep lucah
jep sepahtu

Di ruangan komen, ada netizen meluahkan rasa kurang selesa apabila terdapat unsur lucah seperti itu. Mereka mempersoalkan adakah kini ianya mula dinormalisasikan di atas tiket ‘lawak’.

Kredit: TikTok @nieta2509

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram 

Berita lain yang popular...