[Video] “Pelawak Ni Elektrik Di Masjid, Surau Kampung Dia Yang Bayar” – Ustaz Kazim Elias Dedah Pelawak Terkenal Pemurah Dan Rajin Bersedekah

Baru-baru ini tular satu video di media sosial mengenai pendedahan Ustaz Kazim Elias yang mendakwa seorang pelawak terkenal sebenarnya memiliki sikap yang pemurah iaitu suka bersedekah dan menderma.
Tanpa mendedahkan identiti, Ustaz Kazim berkata individu berkenaan yang juga jiran sekampung pelawak itu yang berasal dari Johor tampil berkongsi mengenai cerita itu.
Menerusi video itu, Ustaz Kazim telah menyenaraikan beberapa amalan mulia yang dilakukan selebriti itu sambil memberi ceramah di sebuah lokasi.
Pelawak ni, elektrik di masjid, di surau kampung dia yang bayar. Orang tak ada duit datang kedai, dia bagi makan percuma.
Mak bapak dia pulak anak dia tak bagi berniaga dah tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai, macam mana nasib pekerjanya.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim menyifatkan amalan yang dilakukan oleh pelawak berkenaan menyebabkan dia tidak pernah miskin dan makin murah rezeki kerana selalu bersedekah.

Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah.
Meninjau ke ruangan koemn, rata-rata warga netizen telah meneka pelawak tersebut adalah Jep Sepahtu kerana ada persamaan iaitu ibu dan bapa Jep merupakan peniaga kedai makan di Johor.

Sebelum ini, Ustaz Kazim Elias tampil memberi penjelasan mengenai gelaran ‘penyondol’ dan meminta orang awam lebih berhati-hati dalam menggunakan gelaran khususnya dalam isu poligami.
Kredit: TikToK
0 Response to "[Video] “Pelawak Ni Elektrik Di Masjid, Surau Kampung Dia Yang Bayar” – Ustaz Kazim Elias Dedah Pelawak Terkenal Pemurah Dan Rajin Bersedekah"