Kapal selam Titan (Ocean Gate) melet0p, 5 penumpang VIP maut serta-merta berhampiran bangkai kapal Titanic

Pegawai Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan lima penumpang yang menyertai ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic menggunakan kapal selam kecil yang hilang sejak Ahad lalu, telah meninggal dunia.
Pengumuman itu sekali gus mengakhiri semua operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai oleh Tentera Laut Kanada dan Amerika.
Ocean Gate Expedition dalam satu kenyataan berkata, “Kesemua penumpang itu merupakan penjelajah yang sebenar. Yang saling berkongsi minat dan semangat yang sama dalam melindungi lautan dunia.
“Kami ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa,” katanya.
Difahamkan, lima individu berkenaan menyertai ekspedisi itu menggunakan kapal selam mini tanpa pemandu. Yang dibawa turun dari sebuah kapal ke dasar laut.
Ekspedisi itu dikendalikan oleh syarikat Ocean Gate. Para penumpangnya dikehendaki membayar tiket US$250,000 untuk selaman selama lapan hari di lokasi.
Bagaimanapun, kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan dengan kapal induk sejak Ahad lalu, selepas 1 jam, 45 minit menyelam ke kawasan bangkai kapal Titanic.
Pihak SAR menemui lima serpihan kapal selam tersebut di kedudukan 1,600 kaki di bawah laut Atlantik. Yang dipercayai telah meletup dan menyebabkan kesemua penumpangnya maut serta-merta.
Pakar penyelam, David MEaerns memaklumkan serpihan yang ditemui oleh ROV di kawasan pencarian kapal selam itu merupakan bahagian kerangka pendarat dan pelindung hadapan kapal selam.
Punca kejadian masih belum diketahui dan masih terlalu awal untuk menjelaskan kapal selam itu gagal berfungsi sehingga menyebabkan ia meletup.
0 Response to "Kapal selam Titan (Ocean Gate) melet0p, 5 penumpang VIP maut serta-merta berhampiran bangkai kapal Titanic"