“Ada salah dan silap dari saya..”- Dua Tahun Bersama, Fad Bocey Akhirnya Buat Keputusan Ini Buat Ramai Sebak
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang mengendalikan segmen Hot Squad memaklumkan dia mengundurkan diri daripada stesen radio berkenaan.
Menerusi makluman yang dilakukannya di Instagram pada semalam, Fad menjelaskan sepanjang dua tahun berkhidmat di Hot FM sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan stesen radio itu.
“Terima kasih untuk sokongan dua tahun saya di sini, saya mengundurkan diri dulu dari Hot FM.
“Terima kasih juga buat bos @clanpaul74 untuk peluang ini.
“Maaf kalau sepanjang ke udara ada salah dan silap dari saya. Terima kasih semua yang support, semoga yang baik-baik untuk kalian,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan artis bagaimanaa pun tetap memberikan sokongan buat Fad dalam industri selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
sebagai rekod, Stesen radio Hot FM mengumumkan kehadiran pelawak Fad Bocey sebagai pelengkap segmen Jam Hot di samping penyampai radio, Deen dan Haziq yang mula bersiaran semalam.
Menurut Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali, keserasian yang ditunjukkan Fad ketika ke udara sebagai penyampai jemputan bersama Deen dan Haziq menjadi faktor utama pemilihannya.
“Fad mempunyai kebolehan untuk menyampaikan sesuatu topik atau cerita dengan baik. Dia juga adalah seorang ‘storyteller’ yang bagus.
“Tambahan pula, Deen, Haziq dan Fad berkongsi banyak persamaan. Antaranya mereka bertiga meminati sukan bola sepak selain mereka juga adalah ‘young daddy’.
“Ketika digandingkan kita boleh lihat keserasian mereka sewaktu ke udara. Kami percaya gandingan ini akan memberi impak yang positif kepada pengisian dan penerimaan pendengar terhadap segmen Jam Hot,” katanya.
Ainul berkata, hampir dua tahun segmen Jam Hot dikendalikan oleh dua penyampai radio.
“Pemilihan Fad adalah langkah baru bagi memantapkan lagi barisan penyampai kami.
“Selain ke udara, keserasian dan persamaan antara mereka bertiga dalam menyediakan pengisian menerusi platform digital juga menjadi faktor besar mengapa kami mengambil langkah ini.
“Pemilihan Fad diharap dapat melengkapi Jam Hot sekaligus dapat menaikkan lagi jumlah pendengar untuk slot petang di Hot FM” katanya.
Jam Hot yang kini diterajui oleh Deen, Haziq dan Fad bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 4 petang hingga 8 malam.
Terdahulu Hot FM mengumumkan trio baru Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Mark Adam, Fizie dan Riena Diana yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.
SUMBER : BERITA TERKINI
0 Response to "“Ada salah dan silap dari saya..”- Dua Tahun Bersama, Fad Bocey Akhirnya Buat Keputusan Ini Buat Ramai Sebak"