Gempa Bumi Kuat Di Indonesia, Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Malaysia
PETALING JAYA – Gegaran gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 skala Ritcher yang berlaku di barat daya Sumatra Utara, Indonesia kira-kira pukul 10.59 malam tadi didakwa turut dirasai di Malaysia.
Tinjauan di media sosial mendapati ramai ketika ini terkejut menerima notifikasi amaran gempa bumi dipercayai berlaku pada jarak kira-kira 418 kilometer dari Malaysia.
Berdasarkan notifikasi Google tersebut, amaran gempa bumi itu dikeluarkan melibatkan negara terdekat antaranya Malaysia, Thailand dan Singapura.
“Terkejut dapat mesej gempa bumi, rupanya baru sahaja berlaku gempa bumi di Indonesia. Moga semuanya selamat,” kata Ahmad Saiful.
“Google baru hantar amaran gempa bumi yang baru sahaja berlaku di Indonesia. Kali pertama dapat amaran macam ini,” ujar Lokman.
“Ada gempa bumi ke? Bergoyang rasa sekejap tadi,” soal Sumantri.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat ini.
Terdahulu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia melaporkan pusat gempa tersebut terletak kira-kira 82 kilometer Barat Daya Padang, Sidempuan-Sumu,t Indonesia
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : cprc@moh.gov.my
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
0 Response to "Gempa Bumi Kuat Di Indonesia, Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Malaysia"